Chelsea atasi Los Angeles FC 2-0

ATLANTA – Chelsea memulakan kempen Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 2-0 ke atas Los Angeles FC dalam saingan Kumpulan D hasil jaringan Pedro Neto dan Enzo Fernandez.

Liam Delap membuat penampilan sulungnya sebagai pemain gantian dan membantu jaringan Fernandez, dengan Chelsea berharap mengembalikan kedudukan mereka dalam kelompok elit selepas kejayaan Liga Konferens UEFA dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pengendali Chelsea, Enzo Maresca berkata ia adalah keputusan yang sangat baik dan gembira dengan persembahan Delap.

“Apa yang bagus mengenai Liam ialah dia tahu cara dia mahu bermain, jadi prosesnya sangat cepat,” kata Maresca yang tidak biasa bermain di stadium hampir kosong.

Selepas kehadiran penonton yang memberangsangkan pada aksi pembukaan, hanya 22,000 penonton memenuhi Stadium Mercedes-Benz yang berkapasiti 71,000 orang.

Di belakang bekas penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris, kumpulan penyokong ultras LAFC membantu menghangatkan suasana dengan nyanyian berterusan serta paluan gendang.

Chelsea menguasai permainan dari awal, dengan Lloris bekerja keras menyelamatkan percubaan Nicolas Jackson dan Noni Madueke, manakala rembatan Cole Palmer sedikit tersasar.

Jackson membantu jaringan pembukaan Neto dengan lorongan menarik untuk pemain sayap Portugal itu.

Bekas penyerang Chelsea, Olivier Giroud masuk di babak kedua untuk kelab tuan rumah itu dan skuad kendalian Steve Cherundolo tampil lebih baik tetapi gagal menghasilkan jaringan. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *