KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan membabitkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.
Setakat semalam sebanyak RM141 juta aset dalam negara disita dan RM15 juta aset luar negara dikesan oleh SPRM membabitkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya itu.
Harian Metro melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebagai berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan maklumat aset dan hartanah luar negara.
Azam berkata, setakat ini proses rakaman percakapan terhadap Tan Sri terbabit belum selesai dan akan disambung 19 Jun ini.
Setakat semalam, harta dan aset yang disita oleh SPRM adalah seperti berikut:
Sitaan
• Akaun individu RM4.5 juta
• Akaun syarikat RM33 juta
• Kondominium mewah dan tanah RM24.5 juta
• Jam tangah mewah RM26 juta
• Sembilan kereta mewah RM7.65 juta
• Barang kemas dan berlian RM10 juta
• Tas tangan mewah RM6 juta
• Jongkong, patung emas dan syiling emas yang dianggarkan bernilai RM3 juta.
• Aset luar negara dianggarkan lebih RM15 juta
• Empat kuda bernilai RM400,000.00
Antara penggunaan wang hasil daripada aktiviti haram
• Minuman beralkohol dan aktiviti perjudian RM25 juta
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001