‘Semua perlu tunaikan hajat Bung Mokhtar’, kata Armizan

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali bersetuju sekiranya gabungan itu bertembung dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) selepas mengambil kira ‘hajat’ Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pada 3 Jun lalu, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah menegaskan hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan GRS selepas PRN17 susulan dakwaan sejarah hitam pernah dilalui UMNO Sabah ketika bersama GRS, menyebabkannya perlu menilai secara teliti sebarang kerjasama dengan gabungan itu.

Berita Harian melaporkan, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai berkata, pertembungan antara kedua-dua gabungan itu memperlihatkan pendekatan terbaik bagi menyerahkan mandat sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan parti pilihan mereka.

Katanya, langkah itu juga mampu mengelakkan sebarang dakwaan kemenangan sesuatu pihak hanya bergantung kepada kekuatan gabungan tertentu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Semua pihak perlu tunaikan hajat Bung Mokhtar dan tidak ada sesiapa, walau di peringkat mana sekalipun, wajar membelakangkan pendirian beliau sebagai Ketua UMNO Sabah yang berautonomi.

“Hanya dengan bertembung kekuatan sebenar akan menoktahkan isu siapa khianat dan siapa yang kuat. Tidak akan ada lagi tuduh-menuduh calon parti A menang bukan kerana kekuatan sendiri, tapi kerana parti B dan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Armizan menjelaskan pendiriannya itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili GRS secara rasmi.

Beliau berkata, pendirian GRS setakat ini sebagaimana pernah disebut oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor adalah gabungan itu terbuka untuk meneruskan kerjasama parti-parti teras yang membentuk kerajaan negeri hari ini iaitu GRS dan Pakatan Harapan (PH).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kita wajar menghargai pendirian PH yang mengutamakan kestabilan dengan menolak Langkah Kinabalu dahulu dan memilih untuk menyokong Datuk Seri Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri.

“Saya melihat hari ini kerajaan berjalan dengan amat baik melalui kombinasi kerjasama sedia ada. Saya fikir melihat kepada suara dan sentimen pemimpin dan pendukung GRS di akar umbi, mereka memang mahu bertembung dengan BN,” katanya.

Katanya, kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan tidak seharusnya dilihat sebagai penghalang.

“Pertama, tidak ada terkandung dalam perjanjian persefahaman (MOU) pembentukan Kerajaan Perpaduan bahawa kerjasama itu wajib dipanjangkan ke peringkat negeri. PRN ini memilih kerajaan negeri dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

“Kedua, apa yang penting adalah komitmen semua sebagaimana dalam MOU Kerajaan Perpaduan adalah pihak-pihak terbabit wajar memastikan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan perlu dikekalkan sehingga tempoh yang ditetapkan.

“Ketiga, pertembungan sesama parti yang menganggotai Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya negeri bukan perkara baharu. Pernah berlaku di Sabah satu masa dahulu dan berlaku juga di Melaka dan Johor dalam PRN yang lalu,” katanya,

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *