OKU dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan

KUANTAN – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Syed Alwi Syd Mohd Ali Hanafiah, 30, dikatakan pergi ke sungai itu bersama adiknya untuk memancing.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus dan tenggelam.

“Adik mangsa berusaha menyelamatkannya, namun gagal,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Syed Alwi bermula jam 7 malam tadi melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

Operasi SAR telah ditangguhkan malam ini dan akan bersambung jam 8 pagi esok. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *