SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa

Siasatan seleweng dana lebuh raya: Rakaman keterangan bersambung Khamis – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam keterangan pemegang konsesi lebuh raya bergelar ‘Tan Sri’, yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya, pada 3 petang tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata proses rakaman keterangan berlangsung selama enam jam bermula kira-kira pukul 9 pagi di kediaman individu terbabit di ibu negara.

Jelas beliau, proses merakam percakapan akan bersambung semula pada pukul 9 pagi esok (Khamis) di lokasi sama, atas faktor kesihatan individu terbabit.

“.. dan bergantung kepada keadaan esok, jika boleh dihabiskan kita akan maklumkan kemudian. Rakaman percakapan diambil di rumah beliau, memandangkan kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk bergerak ke pejabat SPRM.

“Jadi, kerjasama telah diberikan kepada SPRM,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini SPRM telah merakamkan keterangan seramai 52 saksi.

Hari ini, media melaporkan selain keterangan yang diambil daripada Tan Sri terbabit, SPRM turut melakukan serbuan di kediaman pemegang konsesi tersebut di Melaka.

Namun, tiada sebarang rampasan serta sitaan dilakukan.

Sebelum ini, SPRM dilapor telah menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, serta kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta, dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar ‘Tan Sri’.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *