Presiden Filipina isytihar darurat bencana di Visayas Timur

MANILA – Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr mengisytiharkan darurat bencana di Visayas Timur di tengah Filipina selama kira-kira satu tahun bagi mempercepatkan pembaikan dan pemulihan Jambatan San Juanico, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Selasa, lapor Xinhua.

Jambatan sepanjang 2.16 km itu merupakan satu-satunya sambungan darat tetap antara pulau Samar dan Leyte serta komponen penting Lebuhraya Pan-Filipina yang menghubungkan Luzon, Visayas dan Mindanao.

Melalui pengisytiharan itu, Marcos Jr mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya, bekerjasama dengan unit kerajaan tempatan berkenaan, untuk “mempercepat semua langkah perlu bagi membaiki dan memulihkan sepenuhnya Jambatan San Juanico”.

“Terdapat keperluan mendesak untuk membaiki dan memulihkan Jambatan San Juanico bagi memastikan penghantaran barang dan perkhidmatan penting tepat pada masanya serta memulihkan mobiliti serantau,” kata Marcos Jr.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *