Malaysia tamatkan kemarau, menang 4-0 ke atas Vietnam

KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan Harimau Malaya berjaya mengembalikan maruah bola sepak negara apabila menang 4-0 mengalahkan Vietnam.

Sorakan gemuruh bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil tatkala menyaksikan permainan yang mantap dipamerkan oleh pemain negara bagi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa.

Penyerang skuad kebangsaan, Joao Vitor Figueiredo berjaya menjaring gol pertama pada separuh masa kedua semasa minit ke-49

Namun selang beberapa minit kemudian pemain penyerang Rodrigo Holgado yang mengalami kecederaan di kepala pada separuh masa kedua berjaya menghadiahkan jaringan kedua buat negara pada minit ke-58

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Skuad negara terus memburu mata apabila pemain pertahanan Corbin Ong berjaya menjaringkan gol pada minit ke-66.

Pemain Vietnam, Nguyen Tien Linh hampir melakukan jaringan pertama dengan menanduk bola ke gawang pada minit ke-79 namun digagalkan oleh penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.

Pada minit ke-88 pemain pertahanan, Dion Cools berjaya menjaringkan gol keempat bagi memberikan kemenangan selesa buat Malaysia.

Pasukan yang dipimpin oleh jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski dilihat giat memburu mata hingga ke wisel penamat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kali terakhir skuad kebangsaan berjaya menewaskan Vietnam dengan kemenangan 4-2 adalah pada Piala AFF pada Disember 2014.

Antara yang mengisi barisan skuad kebangsaan kali ini ialah Matthew Davies (Kapten), Facundo Tomas Garcesi, Jon Irazabal Iraurgui, Arif Aiman, Hector Hevel, Nooa Laine dan Imanol Machucha.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *