Kemalangan bas UPSI: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas jalan raya membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.

Baginda berdua amat berdukacita atas pemergian kesemua mangsa dalam kemalangan tragis berkenaan dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga waris serta ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang cedera dan masih dirawat dikurniakan kesembuhan serta kembali kuat meneruskan kehidupan mendatang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, dilaporkan 15 individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *