Sheqal ditidurkan, tahap oksigen menurun akibat jangkitan paru-paru

PENYANYI yang terkenal dengan lagu berentak nusantara, Sheqal, telah ditidurkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, berkata, Sheqal dihantar ke hospital selepas tahap oksigen dalam badannya menurun sehingga 62 peratus, lapor Utusan.

Disebabkan itu, doktor membuat keputusan untuk menidurkannya bagi membolehkan rawatan lanjut dijalankan.

“Suami saya dimasukkan ke hospital pada petang Khamis. Saya hubungi ambulans dan bila diperiksa, oksigennya menurun disebabkan itu dia dibawa terus ke hospital.

“Pernafasannya tak stabil dan doktor nasihatkan dia ditidurkan kerana ada jangkitan kuman di paru-paru dan juga paru-paru berair,” katanya.

Dalam pada itu, Normah memaklumkan keadaan terkini Sheqal sudah bertambah baik, namun penyanyi berkenaan belum sedarkan diri.

“Air sudah dibuang dan kemudian doktor nak pantau penyakit lain kerana kemungkinan ada lain yang perlu diperiksa. Malam tadi saya difahamkan doktor sudah buat CT Scan.

“Setakat pagi ini (Sabtu) masih lagi ditidurkan.

Doktor pun tak pasti bila nak disedarkan. Tapi Alhamdulillah, semalam oksigen sudah naik dan dia masih dalam pemantauan,” ujarnya.

Untuk rekod, Sheqal atau Shahrin Salehuddin, 59, sebelum ini berdepan dengan masalah kesihatan termasuk diserang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020.

Penyanyi lagu Cinta Nusantara ini turut menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan kini menggunakan kerusi roda. – Gempak

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *