Jojo kecundang di tangan Paez

KUALA LUMPUR – Harapan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk bangkit dari kekalahan lalu tidak kesampaian apabila tewas kepada petarung dari Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32, hari ini.

Meskipun dilihat lebih agresif dalam menyusun serangan dengan tumbukan serta tendangan bertubi-tubi, namun Johan atau mesra dipanggil Jojo terpaksa akur apabila tewas menerusi keputusan terbelah (split decision) selepas tamat tiga pusingan di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.

Dalam pertarungan itu, Jojo dilihat cukup dahagakan kemenangan dengan menyerang tanpa henti sementara Diego pula lebih memilih untuk bertahan dan menunggu masa sesuai bagi melepaskan pukulan serta tentangan kepada wakil Malaysia itu.

Meskipun lawannya berusia lebih 13 tahun daripadanya, namun dalam perlawanan itu jelas Jojo lebih menguasai pertarungan tetapi pengalaman yang dimiliki Diego menjadi kunci utama dia mampu mengubah keputusan memihak kepada dirinya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pujian harus diberikan kepada atlet negara ini kepada dirinya lebih memilih taktikal menyerang tanpa rasa takut atau gerun biarpun diasak berkali-kali tetapi Jojo terus mara depan untuk cuba mendapatkan pukulan knockout (KO).

Ini adalah kekalahan kedua buat Jojo pada tahun ini selepas menerima keputusan yang sama ketika tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan.

Sebagai makluman, atlet berusia 18 tahun itu sudah melalui sembilan perlawanan di ONE Championship dengan rekod enam kemenangan dan tiga kekalahan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *