Thailand sambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun

BANGKOK – Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, sama dengan Malaysia dan Singapura.

Presiden Jawatankuasa Ulama Sheikhul Islam, Waederamae Mamingji berkata, umat Islam di seluruh negara diminta melihat anak bulan selepas waktu Maghrib pada Rabu bagi menentukan tarikh 1 Zulhijjah.

“Anak bulan telahpun kelihatan. Sehubungan itu, saya mengisytiharkan Khamis (29 Mei) sebagai 1 Zulhijjah 1446 Hijrah dan Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Sabtu (7 Jun),” katanya dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu turut disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan radio.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Umat Islam di Malaysia, Singapura dan Kemboja akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, manakala umat Islam di Indonesia pada 6 Jun. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *