Rombakan Kabinet: “Tidak boleh ganti, mereka masih bercuti” – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memutuskan untuk mengganti jawatan dua menteri yang telah dikosongkan.

Menurut Anwar perkara tersebut tidak dapat diputuskan kerana kedua-duanya masih bercuti.

“Tidak ada, mereka masih bercuti, tidak boleh ganti (jawatan) masa orang bercuti,” katanya.

Anwar menjawab secara ringkas ketika ditanya oleh wartawan mengenai rombakan kabinet selepas menghadiri perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Rabu, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Anwar.

Rafizi mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025, manakala Nik Nazmi pula berkuat kuasa pada 4 Julai 2025.

Namun kedua-duanya menghabiskan baki cuti tahunan bermula pada 28 Mei sehingga Jun dan Julai depan.

Pada hari yang sama, Anwar selaku Perdana Menteri, telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota kabinet daripada mereka.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menerusi satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan setelah meneliti permohonan berkenaan, Perdana Menteri bersetuju meluluskan cuti kedua-dua menteri tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *