Roket Starship milik SpaceX meletup semasa ujian penerbangan kesembilan

WASHINGTON – Roket Starship milik SpaceX meletup ketika menjalani penerbangan ujian kesembilan pada Selasa, meneruskan cabaran syarikat Elon Musk yang berusaha meraih kejayaan selepas dua kegagalan misi awal tahun ini, menurut Anadolu Ajansi.

“Seolah-olah ujian penerbangan ini belum cukup mendebarkan, Starship mengalami kegagalan struktur secara tiba-tiba atau “rapid unscheduled disassembly”. Pasukan kami akan terus meneliti data dan bersedia untuk ujian penerbangan seterusnya.

“Dalam ujian seperti ini, kejayaan diukur melalui pelajaran yang diperoleh dan ujian hari ini akan membantu kami meningkatkan kebolehpercayaan Starship…,” kata SpaceX dalam kenyataan di platform X.

Roket setinggi 400 kaki itu berlepas pada 7.37 malam waktu Timur (2337GMT) dari tapak pelancaran SpaceX Starbase di Boca Chica, Texas, selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Ujian itu dijalankan susulan penambahbaikan yang dibuat selepas kegagalan peringkat atas roket pada Januari dan Mac lalu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *