Rafizi setuju, Nurul Izzah tolak debat

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Nurul Izzah Anwar.

Jelas beliau, keputusan itu diambil bagi meredakan suhu yang panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda parti tersebut ketika ini.

“Saya dah berdebat dengan KJ (Khairy Jamaluddin), saya juga dah berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman) ‘ruh, ruh, ruh, neh, neh, neh’ jadi kalau yang ‘payah-payah’ pun saya dah lalui, insya-Allah saya tiada masalah untuk berdebat dengan Nurul Izzah.

“Cuma, biarlah ia dianjurkan oleh satu pihak yang bebas, supaya suasana boleh ditenangkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebab dalam parti kita ini, kadang-kadang yang jadi masalah bukannya pimpinan, mereka ‘okay’ sahaja, tetapi penyokong di bawah yang lebih sudu daripada kuah, bergaduh hari-hari.

“Saya rasa, lebih baik kalau debat itu diteruskan secara terbuka. Saya bentangkan pandangan saya, dia bentangkan pandangan dia, dan akhirnya biar ahli parti secara keseluruhan serta rakyat yang menilai dan buat keputusan,” katanya dipetik Astro Awani dalam ceramahnya di Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Pahang di Mentakab pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Prasanth Kumar Brakasam mencadangkan supaya kedua-dua tokok muda parti itu berdebat secara terbuka.

Jelas Prasanth, cadangan debat itu bakal menjadi platform terbaik untuk kedua-dua tokoh menerangkan tawaran, idea serta formula terbaik bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan, PH dan PKR sendiri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Nurul Izzah menolak pelawaan berdebat dengan Rafizi kerana tumpuannya kini adalah untuk menyantuni perwakilan dan tidak mahu memfokuskan pemilihan tersebut kepada berpolitik semata-mata.

“Kita nak kurangkan ketegangan kerana pada kami, keutamaan adalah untuk menyantuni perwakilan.

“Saya sendiri ada program dengan Wanita dan anak muda, jadi saya tak mahu tertumpu kepada politik saja.

“Ini bukan tentang berpolitik sahaja tetapi tentang penglibatan dengan semua bahagian kita,” katanya ketika ditemui selepas Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor, pada Rabu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *