Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu

LAHAD DATU – Dua daripada empat lelaki yang dikhuatiri hilang selepas masuk ke hutan di Tamaco, Tungku dekat sini, pada Khamis lepas ditemukan dalam keadaan selamat dan sudah keluar dari kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

“Satu kumpulan dua orang dan dua mangsa berjaya keluar dari kawasan hutan dengan selamat, manakala dua lagi belum dapat dikesan.

“Pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain termasuk 33 anggota Angkatan Tentera Malaysia serta tiga orang awam menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan radius pencarian satu kilometer bermula dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, operasi SAR dua lagi mangsa ditangguhkan pada jam 4 petang berikutan hujan lebat dan akan disambung semula pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau pula mengesahkan dua mangsa yang dikhuatiri hilang adalah anggota tentera berumur 37 dan 41 tahun.

Beliau berkata, mereka telah memukat ikan di Sungai Sri Darun sebelum mengikuti laluan cabang sungai kecil dan memasuki kawasan hutan untuk mencari akar kayu bagi tujuan perubatan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *