6 maut nahas helikopter di negeri Uttarakhand, India

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya enam penumpang maut apabila sebuah helikopter terhempas di negeri Uttarakhand, India, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media kerajaan.

Saluran berita kerajaan, Doordarshan News melaporkan, seorang lagi mangsa cedera parah selepas helikopter itu terhempas berhampiran kawasan mata air panas Ganganani di daerah Uttarkashi.

“Pasukan pentadbiran dan bantuan berada di lokasi nahas helikopter,” menurut laporan itu.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami mengarahkan pihak pentadbiran menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada mangsa yang cedera serta menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

“Saya sentiasa berhubung dengan pegawai berhubung nahas ini dan setiap perkembangan sedang dipantau,” katanya menerusi hantaran di platform X. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *