Hamas akan bebaskan beberapa tawanan asing dalam masa terdekat

KAHERAH – Hamas telah memaklumkan kepada pihak perantara bahawa kumpulan itu akan membebaskan beberapa tawanan asing dalam beberapa hari akan datang, menurut jurucakap sayap bersenjata Briged al-Qassam, Abu Ubaida, dalam satu video yang disiarkan di akaun Telegram kumpulan itu pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai bilangan tawanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.

Abu Ubaida turut mendakwa, kumpulannya telah bertempur dengan tentera Israel di tiga kawasan berbeza dan berjaya “membunuh serta mencederakan beberapa askar Israel” selain memusnahkan 22 kenderaan tentera.

Beliau juga menyatakan, unit tentera laut Hamas telah menggunakan peluru berpandu bawah air yang dinamakan ‘Aasif’ buat kali pertama dalam konflik ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Setakat ini, Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut secara bebas.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung serangan yang didakwa dilakukan oleh Hamas.

Dalam perkembangan berkaitan, Abu Ubaida menafikan, seorang tawanan yang dibebaskan oleh Israel sebelum ini berada dalam tahanan Hamas.

Katanya, beberapa tawanan lain sebenarnya dikawal oleh kumpulan dan individu berbeza di Semenanjung Gaza.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kenyataan itu dilihat merujuk kepada Ori Megidish, seorang askar Israel yang menurut pihak tentera telah dibebaskan dalam satu operasi darat di Gaza pada Isnin lalu. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *