Pemandu treler cedera disamun, diserang ketika tidur

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu treler cedera selepas cuba disamun dua lelaki bertopeng ketika tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4, Sekinchan di sini, pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap treler jenis Hino yang dipandu mangsa sebelum cuba mengambil barangan miliknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin berkata, mangsa berusia 54 tahun itu mengalami kecederaan di tangan kanan dan kaki kiri akibat terkena serpihan kaca.

“Kedua-dua suspek melarikan diri menaiki kereta dipercayai jenis Honda atau Toyota Vios berwarna kelabu gelap yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kata Azaharudin, pihaknya mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *