PETALING JAYA – Lima individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan seorang pelatih juruterbang yang maut selepas terjatuh dari tingkat 39 sebuah pangsapuri di Sungai Besi, Selasa lalu.
Ketua Polis Cheras, Aidil Bolhassan berkata, individu itu termasuk pengadu, pegawai polis bertugas di pusat kawalan Cheras.
“Saksi lain termasuk seorang ejen rumah, abang mangsa, pemilik kereta dan rakan serumah mangsa,” katanya yang dipetik Berita Harian.
Aidil berkata, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.
Katanya, mayat mangsa sudah dituntut keluarganya di Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz petang semalam.
“Setakat ini tiada unsur jenayah,” katanya.
Semalam media melaporkan lelaki berusia 19 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri atas bumbung kereta yang diparkir di hadapan sebuah restoran di blok berkenaan pada jam 10.53 malam.
Aidil berkata, siasatan mendapati mangsa keluar melulu dari rumah dan berlari ke arah tangga menuju tingkat 39.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan pergerakan mangsa dan terdapat kesan pecahan cermin tingkap serta telefon bimbit miliknya ditemui di lokasi terbabit.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001