Ameera Khan bidas netizen

KUALA LUMPUR: Model dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan, 24, meluahkan rasa kurang senang terhadap dakwaan melampau netizen yang menyentuh hal peribadi termasuk tuduhan menjalin hubungan intim dengan kekasih, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs).

Ameera atau nama sebenar, Nur Ameera Abdul Halim Khan tampil memberi respon negatif netizen mengenai hubungannya dengan kekasih yang juga pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

“Kami ‘sleep call’ hampir setiap malam. Walaupun tak tidur, kami sentiasa berhubung. Panggilan jarang terputus,” kata Ameera juga adik kepada selebriti popular, Neelofa.

Pada penghujung hantarannya, dia turut menegur netizen agar berfikir terlebih dahulu sebelum mengajukan sebarang soalan.

“Kak, usia dah matang jadi eloklah elakkan tanya soalan yang tidak wajar atau nampak kurang bijak, ya?” ujarnya.

Ameera dan kekasihnya masih menjalinkan hubungan cinta walaupun sebelum ini timbul spekulasi mengenai hubungan mereka yang sudah menemui tanda noktah. – Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *