8 rumah terbakar, 31 mangsa tinggal sehelai sepinggang

Kota Bharu: Seramai 31 orang tinggal sehelai sepinggang selepas lapan rumah dihuni mereka di Kampung Kijang di sini, musnah dalam kebakaran.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Farid Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 4.40 petang semalam.

Katanya, 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan BBP Kota Darul Naim, dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kota Jembal bergegas ke lokasi.

“Kebakaran marak terlalu cepat disebabkan kedudukan rumah berdekatan satu sama lain, selain faktor cuaca panas dan berangin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kecekapan anggota bagaimanapun berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, operasi pemadaman berlangsung hampir sejam sebelum api dapat dikawal dan padam sepenuhnya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta kerugian masih dalam siasatan. – Harian Metro

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *