Magma selesaikan pembelian pajakan di Pesiaran Dutamas bernilai RM80 juta

KUALA LUMPUR – Magma Group Berhad (Magma) melengkapkan proses pembelian sebidang tanah pajakan yang berkeluasan 0.91 hektar terletak di Pesiaran Dutamas Kuala Lumpur pada nilai RM80 juta.

Urus niaga itu dijalankan oleh Magma Kiara Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Magma Property Sdn. Bhd., dan menandakan satu langkah penting dalam strategi pertumbuhan Kumpulan dalam ruang pembangunan hartanah bandar.

Pengambilalihan ini telah diluluskan oleh para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Kumpulan (EGM) yang diadakan pada 21 Mac lalu, selain turut meluluskan dua cadangan lain.

Dua cadangan itu ialah pengurangan modal saham terbitan sebanyak RM379.208 juta mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat dan resolusi pindaan yang perlu kepada perlembagaan syarikat berkenaan.

Langkah itu memudahkan usaha penerbitan Saham Keutamaan Tidak Boleh Ditebus (RPS) yang berkaitan dengan isu pemerolehan untuk dilaksanakan oleh Magma Kiara, subsidiari di bawah Maga Property Sdn. Bhd.

Urusniaga itu alan dilakukan menerusi pembayaran tunai RM8 juta, selain terbitan 120 juta saham biasa baharu dalam Magma pada harga terbitan RM0.2024 sesaham, dan terbitan 47.712 juta RPS pada harga RM 1 setiap satu.

Hasil daripada terbitan saham pertimbangan, Kumpulan telah melihat perubahan ketara dalam pemegang sahamnya yang besar yang menyaksikan Skyload Express Sdn. Bhd. muncul sebagai pemegang saham besar langsung yang memegang 120 juta saham biasa, bersamaan dengan 7.697 peratus daripada modal terbitan Magma.

Selain itu, Empire Solaris Sdn. Bhd., Lee Kim Hai, Datuk Wira Lee Chong Wei dan Datuk Seri Lee Hock Seng kini memegang kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam Magma.

Perubahan ini mencerminkan struktur pegangan saham yang dibentuk semula dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap hala tuju jangka panjang Magma.

Pengarah Urusan Kumpulan Magma Group Berhad, Datuk Seri Thomas Liamg Chee Fong berkata, penyelesaian pengambilalihan itu merupakan peristiwa penting yang bukan sahaja mempertingkatkan perancangan pembangunan hartanah syarikat.

“Ia juga menegaskan semula kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh para pemegang saham dan turut digalakkan oleh pelabur strategik baharu yang telah hadir sebagai komitmen konsisten terhadap Magma pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menambah, Magma merancang membina pembangunan komersial Magma seterusnya, terletak di lokasi strategik hanya beberapa minit dari pusat Kuala Lumpur.

Kumpulan kekal fokus untuk memanfaatkan kekuatan kepelbagaiannya merentas hospitaliti dan hartanah untuk mencipta nilai jangka panjang untuk semua pemegang kepentingan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *