Calon SPM peroleh A meningkat 3.1 peratus – Azman

PUTRAJAYA – Keputusan A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan peningkatan kepada 3.1 peratus berbanding tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan.

Kata beliau, daripada 402,918 calon yang mengambil peperiksaan tahun tahun lalu, seramai 14,179 calon atau 3.7 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

“Keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.

Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 11,713 calon atau 3.1 peratus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Nampaknya ia menunjukkan peningkatan 2,466 calon, iaitu peningkatan 0.6 peratus,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan SPM 2024 di bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia di sini, hari ini.

Jelas Azman, tahun ini bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran seramai 86,040 calon atau 22.7 peratus.

“Seramai 136,791 calon atau 36.1 peratus telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2024,” katanya.

Katanya, seramai 353,933 calon iaitu 94.0 peratus calon SPM 2024, layak menerima sijil berbanding 349,197 (93.5 peratus) calon SPM 2023.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon SPM Tahun 2023, iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon (1.7%).

Katanya lagi, calon juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *