PRK Ayer Kuning: Dua pusat mengundi awal dibuka

TAPAH – Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak jam 8 pagi ini.

Dua pusat pengundian itu ialah Dewan Rekreasi APR Transit, Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini.

Proses pengundian awal di tiga saluran membabitkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.

Pusat pengundian awal di Batalion 3 PGA dibuka hingga jam 5 petang, manakala di IPD Tapah ditutup jam 12 tengah hari.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis).

Dalam pada itu seramai 82 anggota polis akan mengundi secara pos.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *