Lelaki maut dihempap pokok

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemukan maut selepas ditimpa pokok tumbang di Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari Balai Polis Cherang Ruku kira-kira jam 3 petang.

Susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Cherang Ruku dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok yang tumbang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zaizul Rizal berkata, kematian mangsa disahkan oleh pihak Klinik Kesihatan Cherang Ruku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Cherang Ruku Sarjan Zukiman Ismail di talian 018-3650449 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-7867222. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *