Empat terbunuh dalam insiden kereta kabel di selatan Itali

LONDON – Empat terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali semalam, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali, ANSA.

Kereta kabel itu dilaporkan jatuh terhempas dalam keadaan cuaca buruk di Gunung Faito, berdekatan Sorrento.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital, menurut kenyataan pasukan penyelamat.

Rakaman yang disiarkan oleh penyiar awam RAI menunjukkan 16 lagi penumpang dari sebuah kereta kabel berasingan berjaya diselamatkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketua Wilayah Campania yang merangkumi Naples, Vincenzo De Luca memberitahu RAI bahawa usaha menyelamat sukar dilakukan akibat keadaan berkabus dan angin kencang. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *