SPRM tahan 3 individu bantu siasatan rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pengurusan tertinggi sebuah badan berkanun milik kerajaan kerana disyaki terbabit rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di Kedah, Isnin lalu.

Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Kedah.

“Suspek utama yang juga Timbalan Ketua Eksekutif dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

“Suspek disyaki menerima sejumlah wang rasuah melalui akaun syarikat milik isterinya sebagai balasan kepada kelulusan kerja-kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di Kedah,” katanya.

Menurut sumber, kesemua individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar kelmarin dan perintah reman selama tiga hari hingga hari ini dikeluarkan oleh Majistret Eliana Ismail.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *