Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Najib Razak beri penghormatan terakhir di Masjid Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak ketinggalan hadir memberikan penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Masjid Negara sekitar pukul 10.35 pagi.

Pada awalnya, kenderaan jenis Proton kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 warna kelabu yang membawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhenti di lobi utama, namun, lima minit kemudian kenderaan berkenaan bergerak ke pintu belakang Masjid.

Difahamkan, Najib tiba selepas selesai prosiding perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Pada jam 8.30 pagi ini, jenazah Allahyarham Abdullah dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Allahyarham Abdullah yang berusia 85 tahun menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam tadi akibat masalah pernafasan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *