Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: “Arwah Pak Lah dianggap sebilangan orang seperti wali,” kata Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga seorang majikan terbaik.

Menurut Syed Hamid, hubungannya dengan Perdana Menteri kelima itu amat dekat sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Luar.

“Saya selalu dengan beliau bukan sahaja sebagai Menteri Luar tetapi sebagai kawan.

“Saya tengok pemimpin luar pun mesra dengannya kerana cara dan pendekatan beliau yang tidak agresif, orang kata beliau macam ‘wali’,” kata Syed Hamid kepada wartawan ketika ditemui media di kediaman Allahyarham Abdullah di sini, hari ini.

Dalam nada sebak, Syed Hamid menyifatkan pemergian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Kata Syed Hamid, sepanjang menerajui negara, Allahyarham terkenal sebagai seorang pemimpin yang mesra kepada rakyat serta banyak membawa perubahan kepada negara sepanjang pentadbirannya.

“Kita fikir satu kehilangan, seorang negarawan, seorang pemimpin yang cukup dedikasi kepada tugasnya yang sederhana yang membawa kepada Islam Hadari.

“Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Syed Hamid lagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *