Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang

Jangan ceroboh tanah Pahang – Al-Sultan Abdullah

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini.

“Jangan bagi orang menceroboh tanah negeri Pahang ini, saya pun naik darah juga banyak orang ceroboh tanah, sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka (penceroboh).

“Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin,” titah baginda di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, Sultan Pahang bertitah agar isu pencerobohan tanah itu diselesaikan dengan baik dan segala kekurangan diatasi secara harmoni.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.

Operasi penguatkuasaan berkenaan disertai antaranya polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, (UPNP) dijalankan meliputi semua kawasan penanaman yang telah diteroka tanpa kebenaran di Raub serta dijangka dilaksanakan hingga 3 Mei ini. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *