Seorang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di New York

MOSCOW – Sebuah pesawat ringan yang membawa enam orang dilaporkan terhempas di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu, lapor agensi berita Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).

“Pesawat Mitsubishi MU-2B terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran Copake, New York sekitar 12.15 tengah hari waktu tempatan.

“Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Daerah Columbia di Hudson, New York. Enam orang berada di dalam pesawat,” menurut kenyataan FAA.

Sementara itu, Reuters yang turut memetik sumber daripada pihak berkuasa penerbangan dan polis tempatan melaporkan sekurang-kurangnya seorang maut dalam insiden berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam tempoh seminggu lalu, beberapa kemalangan udara berlaku di Amerika Syarikat termasuk nahas helikopter di Sungai Hudson berhampiran New York yang mengorbankan kesemua lima penumpang dan seorang juruterbang, serta kemalangan pesawat Cessna 310 di Florida yang meragut tiga nyawa. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *