Polis Thailand beri jaminan keselamatan pelancong sempena perayaan Songkran

KOTA BHARU – Polis Thailand memberi jaminan ke atas pelancong termasuk dari Malaysia yang berkunjung ke negara itu bahawa keselamatan mereka akan dijaga sepanjang perayaan Songkran.

Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh), Leftenan Kolonel Sakarin Anusamansakul berkata, pihak berkuasa telah mempertingkatkan langkah keselamatan untuk memastikan tiada insiden tidak diingini sepanjang sambutan tahun ini.

“Pelancong termasuk dari Malaysia yang mengunjungi selatan Thailand tidak perlu bimbang kerana langkah keselamatan tambahan telah diambil.

Ini termasuk meningkatkan pemantauan selain itu agensi kerajaan termasuk pejabat kesihatan dan pejabat daerah turut digerakkan bagi membantu pelancong asing,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata pihak berkuasa termasuk pasukan tentera dan sukarelawan turut ditempatkan untuk mengawal lalu lintas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Di Thailand, perayaan Songkran disambut dari 13 hingga 15 April. -BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *