SEBERANG JAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir, 71, meninggal dunia pada pukul 6.55 pagi ini di Hospital Bukit Mertajam akibat kanser.
Berita kematian Allahyarham, disahkan menantunya, Danial Sulaiman, 38 ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Danial, jenazah Allahyarham bapa mertuanya dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, di sini, sebelum dibawa ke Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya untuk disembahyangkan.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jaya selepas solat Zuhur.
Allahyarham Dr Radin yang juga seorang pegawai perubatan meninggalkan seorang isteri, lapan orang anak dan 18 cucu.
Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional (BN).
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001