NEW YORK – Enam disahkan maut selepas sebuah helikopter terhempas ke dalam Sungai Hudson berhampiran Manhattan, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Menurut Jabatan Bomba New York (FDNY), pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.17 petang waktu tempatan.
Helikopter malang itu dilaporkan terhempas di kawasan sungai berhampiran Houston Street dan terowong Holland Tunnel, salah satu laluan utama keluar masuk Manhattan.
Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Beberapa video yang dimuat naik orang awam di media sosial menunjukkan helikopter itu dalam keadaan terbalik dan hampir keseluruhannya tenggelam dalam air.
Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa penerbangan.
Pihak Berkuasa Persekutuan Penerbangan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dijangka akan mengambil alih siasatan rasmi dalam masa terdekat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001