Bayi hampir 7 kg lahir di Shymkent, Kazakhstan

SHYMKENT – Seorang ibu berusia 41 tahun melahirkan bayi lelaki seberat 6.7 kilogram (kg) secara semula jadi di Shymkent, lapor Agensi Berita Kazinform.

Pasukan perubatan memaklumkan, kelahiran bayi dengan berat purata bayi berusia dua bulan secara normal merupakan satu kes yang amat jarang berlaku.

Bayi yang dinamakan Amirkhan dan ibunya kini berada dalam keadaan sihat.

Amirkhan merupakan anak keenam kepada wanita berkenaan.

Secara umumnya, bayi yang dilahirkan melebihi empat kilogram dianggap lebih besar daripada biasa, manakala bayi lebih lima kilogram digelar bayi gergasi.

Pada 15 Jan lalu, seorang bayi lelaki sebesar bayi dua bulan turut dilahirkan di sebuah hospital di Rudny, wilayah Kostanay. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *