Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gegaran dirasai di negara jiran

KUALA LUMPUR – Myanmar dilanda gempa bumi susulan dengan magnitud 5.1 pada Sabtu, sehari selepas gempa bumi kuat menggegarkan beberapa negara jiran, mengorbankan lebih 1,000 orang.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran terbaharu itu berlaku berhampiran Pyinmana, kira-kira 24 kilometer dari Nay Pyi Taw, pada kira-kira 2.50 petang waktu tempatan, dengan gegaran dirasai di Laos, Thailand dan beberapa bahagian di China.

Gempa bumi susulan itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan menjejaskan banyak kawasan yang sudah teruk terkesan akibat gempa bumi besar pada Jumaat.

NDTV World, memetik USGS, melaporkan bahawa rantau itu telah mengalami sekurang-kurangnya 12 gempa susulan sejak gempa bumi besar pertama berhampiran Sagaing, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Setakat ini, kesan penuh kemusnahan serta kemungkinan pertambahan korban akibat gempa bumi susulan terbaharu masih belum dapat dipastikan, sementara operasi mencari dan menyelamat serta bantuan terus dijalankan, menurut NDTV World.

Xinhua melaporkan Mandalay, Bago, Magway, timur laut Shan, Sagaing dan Nay Pyi Taw sebagai kawasan paling teruk terjejas. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *