IPO SumiSaujana terlebih langganan 1.85 kali

KUALA LUMPUR, 28 Mac – SumiSaujana Group Berhad (SumiSaujana) pengeluar bahan kimia khusus untuk minyak dan gas (“O&G”) yang terkenal, mengumumkan telah melengkapkan proses pengundian tawaran awam permulaan (IPO), yang menyaksikan langganan sahamnya terlebih 1.85 kali.

Bakal disenaraikan ke Pasaran ACE Bursa Malaysia, IPO tersebut terdiri daripada terbitan awam sebanyak 310 juta saham baharu yang diperuntukkan seperti berikut iaitu 72,500,000 Saham Terbitan disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia melalui pengundian, dengan 36,250,000 Saham Terbitan diperuntukkan khusus kepada pelabur Bumiputera.

Sebanyak 24,400,000 Saham Terbitan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja, dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan SumiSaujana melalui peruntukan Borang Merah Jambu,

Selain itu 122,649,800 Saham Terbitan diperuntukkan kepada pelabur institusi dan terpilih yang dikenal pasti melalui penempatan persendirian; dan 90,450,200 Saham Terbitan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Manakala tawaran untuk jualan sehingga 90,000,000 saham sedia ada(“Saham Tawaran”) oleh pemegang saham yang menjual melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI.

Pengarah Eksekutif/KetuaPegawai Eksekutif SumiSaujana Group Berhad Norazlam Norbi berkata,
tawaran awam SumiSaujana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelabur.

“Sebanyak 5,512 permohonanuntuk saham 206,640,400, mewakili jumlah nilai RM49,593,696 telah diterima daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 1.85 kali,” katanya.

Beliau menambah, bahagian Bumiputera mencatatkan kadar lebihan langganan sebanyak 1.23 kali, manakala bahagian awam Malaysia yang lain mengalami lebihan langganan sebanyak 2.47 kali.

Ejen Penempatan Tunggal telah mengesahkan bahawa 122,649,800 Saham Terbitan melalui penempatan persendiriankepada pelabur institusi dan terpilih yang dikenal pasti telah dilanggan sepenuhnya.

Ejen Penempatan Tunggal juga telah mengesahkan bahawa 90,450,200 Saham Terbitan dan tawaran untuk penjualan 90,000,000 Tawaran Saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI, telah dilanggan sepenuhnya selepas menggunakan peruntukan ‘clawback’ dan pengagihan semula yang berkaitan seperti yang dinyatakan di dalam Prospektus Sumisaujana bertarikh 13 Mac 2025.

RHB Investment Bank Berhad ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO SumiSaujana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *