144 terbunuh, 732 cedera dalam gempa bumi 7.7 magnitud di Myanmar – Kerajaan

YANGON – Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata jumlah korban termasuk 96 dari ibu negara Nay Pyi Taw, 18 dari Sagaing dan 30 dari Kyaukse, menurut laporan itu.

Beliau berkata mereka yang cedera termasuk 432 dari Nay Pyi Taw dan 300 dari Sagaing.

Menurut beliau, banyak bangunan mengalami kerosakan, dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Min Aung Hlaing turut meminta bantuan daripada masyarakat antarabangsa, menurut laporan itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *