SEOUL – Anggota sukarelawan Korea Selatan bertungkus lumus memadam api kebakaran hutan di Andong semalam.
Di pusat pemindahan sementara Yeongyang, sejumlah mangsa telah menerima bantuan sambil menunggu maklumat terkini dari pihak berkuasa.
Dalam pada itu, jumlah kematian akibat kebakaran hutan di wilayah tenggara Korea Selatan meningkat kepada 24 orang.
Dalam usaha memadam api, seorang juruterbang helikopter pemadam kebakaran terbunuh apabila pesawatnya terhempas pada Rabu, ketika negara itu berdepan antara kebakaran hutan paling buruk dalam beberapa dekad.
Api marak yang merebak dengan pantas memaksa lebih 27,000 orang meninggalkan kediaman masing-masing.
Kebakaran itu, yang didorong oleh angin kencang dan cuaca kering telah memusnahkan seluruh kejiranan, memaksa sekolah ditutup termasuk pihak berkuasa memindahkan ratusan banduan dari penjara.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
