Proses persempadanan Putrajaya-Selangor hampir selesai - Dr Zaliha

Proses persempadanan Putrajaya-Selangor hampir selesai – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR – Proses persempadanan antara Putrajaya dengan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

“Alhamdulillah, kerja-kerja pengukuran serta pemetaan sempadan yang membabitkan 24 pelan kerja, telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),” katanya dalam hantaran melalui X, semalam.

Dr Zaliha berkata, perkara berkenaan dimaklumkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Jabatan Wilayah Persekutuan Bil 3/2025 di Menara Seri Wilayah, semalam.

Sejak 2021, katanya, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti enam kawasan masalah sempadan tertangguh (OBP).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati ada tiga lagi kawasan OBP baharu, hasil daripada kerja ukur JUPEM hingga Februari tahun lalu.

“Langkah seterusnya ialah mendapatkan persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri bagi pihak Putrajaya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan persempadanan.

“Insya-Allah, perjanjian bersama akan dimeterai pada tahun ini bagi mengesahkan garis sempadan rasmi kedua-dua wilayah,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk memastikan penguatkuasaan sempadan yang lebih bersepadu, selain memaksimumkan guna tanah bagi pembangunan terancang, memperkemaskan kutipan hasil tanah serta mengelakkan isu pencerobohan dan pertindihan kawasan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Doakan agar usaha ini diselesaikan dengan tuntas pada tahun ini demi kelestarian pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *