Visi besar Tunku Ismail untuk sukan buat saya rasa inspirasi - Lee Chong Wei

Visi besar Tunku Ismail untuk sukan buat saya rasa inspirasi – Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Pertemuan yang turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dikongsikan menerusi platform media sosial Tunku Ismail pada Selasa.

Mengulas hantaran itu, Chong Wei dalam kenyataannya menyifatkan, ia satu penghormatan apabila berpeluang menghadap Tunku Ismail.

“Satu penghormatan diberi peluang menghadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sentiasa inspirasi apabila berbicara dengan pemimpin yang mempunyai visi besar untuk sukan dan negara. Terima kasih, Tunku,” ujarnya.

Sebelum ini, Tunku Ismail memaklumkan, Chong Wei bakal menggalas peranan sebagai penasihat sukan badminton untuk negeri Johor.

Selain pemenang tiga pingat perak Olimpik itu, beberapa atlet bertaraf dunia turut dinamakan dalam usaha memacu program pembangunan sukan dan belia di Johor.

Antara legenda yang disenaraikan ialah Sonny Bill Williams (ragbi), Khabib Nurmagomedov (bela diri) dan Tim Cahill (bola sepak).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *