Kepimpinan Loke bawa pendekatan DAP lebih sederhana, inklusif, pragmatik

Kepimpinan Loke bawa pendekatan DAP lebih sederhana, inklusif, pragmatik

Oleh: Fikry Ghazali

PEMILIHAN Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kali ini menjadi titik penentuan kepada hala tuju parti. Veteran DAP sendiri telah menggesa Lim Guan Eng dan R.S.N. Rayer untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Berikut adalah sebab utama mengapa perwakilan perlu menyokong kem Anthony Loke dan menyingkirkan Dinasti Lim:

Nepotisme dalam Dinasti Lim

Kepimpinan DAP sejak sekian lama dikuasai oleh keluarga Lim, dari Lim Kit Siang kepada anaknya, Lim Guan Eng. Amalan nepotisme ini telah menyebabkan ketidakpuasan dalam kalangan ahli parti yang melihat DAP sebagai milik individu tertentu, bukan sebagai parti demokratik yang memberi peluang kepada semua.

Dasar Old DAP yang Ekstrem dan Provokatif

Sejarah menunjukkan DAP pernah mengamalkan pendekatan yang dilihat kurang mesra terhadap kaum Melayu dan Bumiputera. Naratif ekstrem ini telah menyebabkan pergeseran antara kaum dan menjejaskan peluang parti untuk bekerjasama dengan lebih luas dalam politik arus perdana.

Untuk Menjaga Perpaduan

DAP perlu terus bergerak ke hadapan dengan dasar yang lebih inklusif dan bersifat kebangsaan. Menggantikan Dinasti Lim dengan kepimpinan baharu akan membantu memperbaiki hubungan antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan nasional.

Di Bawah Anthony Loke, DAP Lebih Moderate

Anthony Loke membawa pendekatan politik yang lebih pragmatik dan sederhana. Ini membolehkan DAP lebih diterima dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera, berbeza dengan pendekatan konfrontasi dan provokatif yang diamalkan oleh kepimpinan terdahulu.

UMNO Sedang “Guide” DAP Cara Mentadbir

Melalui kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO banyak membantu DAP memahami keperluan pentadbiran negara dengan lebih baik. Ini menunjukkan kesediaan DAP untuk berubah dan bekerjasama demi kestabilan politik.

Neo DAP Tidak Pernah Pertikai Peruntukan untuk Melayu Islam

Di bawah kepimpinan Anthony Loke, DAP tidak lagi mempertikaikan peruntukan kepada masyarakat Melayu dan Islam, malah menerima hakikat bahawa dasar afirmatif masih diperlukan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Neo DAP Menyokong Kongres Ekonomi Bumiputera

DAP kini menunjukkan komitmen terhadap pembangunan ekonomi Bumiputera dengan menyokong inisiatif kerajaan, termasuk Kongres Ekonomi Bumiputera.

Lim Guan Eng Mewarisi Kepimpinan Dinosaur

Kepimpinan Guan Eng dianggap sebagai kesinambungan kepada kepimpinan lama yang sudah tidak relevan dengan landskap politik semasa. DAP memerlukan pemimpin yang lebih dinamik dan terbuka.

Guan Eng Terdesak Sehingga Terpaksa Menyatakan “DAP Tidak Akan Dikuasai UMNO Jika Dia Menang”

Kenyataan ini menunjukkan ketakutan Guan Eng terhadap perubahan dalaman DAP, sedangkan realitinya DAP perlu bekerjasama dengan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan negara.

Guan Eng Terpaksa Merayu dalam Parlimen Minta Peruntukan Bukan Bumiputera Dinaikkan dari 3% ke 10%

Ini menunjukkan di bawah pentadbiran Malaysia Madani, peruntukan untuk Melayu Bumiputera melebihi RM10 bilion, membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan kepentingan Bumiputera meskipun DAP berada dalam kerajaan.

Kontroversi Bekas Pembantu Teresa Kok yang Sedang dalam Siasatan SPRM

Isu ini menimbulkan kesangsian terhadap integriti kepimpinan lama DAP dan memberikan alasan kukuh mengapa perubahan kepimpinan perlu dilakukan segera.

Timbul Desakan kepada SPRM untuk Siasat Teresa Kok

Dengan adanya desakan untuk menyiasat pemimpin lama seperti Teresa Kok, jelas bahawa kepimpinan terdahulu mempunyai isu-isu yang perlu ditangani. Kepimpinan baharu di bawah Anthony Loke boleh membawa DAP ke arah yang lebih telus dan bersih.

Kita dapat lihat perpecahan dalaman DAP semakin ketara menjelang pemilihan CEC. Kem Guan Eng berusaha mengekalkan pengaruhnya dengan menyingkirkan individu yang tidak sehaluan, termasuk melalui pemilihan calon PRN Pulau Pinang 2023.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow kehilangan kawalan dalam pemilihan calon, membuktikan betapa dominannya pengaruh Dinasti Lim.

Dalam satu insiden, penyokong Guan Eng secara terbuka memaki pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim, dengan gelaran “pengkhianat” kerana lebih cenderung kepada Anthony Loke.

Guan Eng juga cuba menonjolkan adiknya, Lim Hui Ying, tetapi gagal apabila Steven Sim dilantik sebagai pengerusi negeri dengan sokongan Anthony Loke. Semua ini membuktikan bahawa Dinasti Lim masih mahu menunjukkan pengaruh mereka dalam parti meskipun majoriti akar umbi mahukan perubahan.

Jadi kesimpulannya adalah pemilihan kali ini adalah peluang keemasan untuk perwakilan DAP melakukan perubahan. Kepimpinan baharu yang diterajui oleh Anthony Loke membawa pendekatan lebih sederhana, inklusif, dan pragmatik.

Jika DAP ingin terus relevan dalam politik Malaysia, maka Dinasti Lim harus disingkirkan secara total dan memberi laluan kepada pemimpin generasi baharu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *