Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India

11/03/2025

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat individu cedera manakala banyak kenderaan dan kedai dibakar semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India di negeri Madhya Pradesh pada Ahad malam.

Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, yang sebelum ini dikenali sebagai Mhow, kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

Beberapa kumpulan tempatan telah menganjurkan “perhimpunan kemenangan” bagi meraikan kejayaan India menewaskan New Zealand dalam aksi final kejohanan kriket “Champions Trophy” di Dubai pada Ahad.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pergaduhan tercetus selepas perarakan itu tiba berhampiran Masjid Jama dan seseorang didakwa membaling mercun ke dalam masjid ketika solat Tarawih sedang berlangsung, menurut laporan media tempatan.

Polis telah menahan 13 individu atas tuduhan melakukan kebakaran dan keganasan, dan keadaan kini “terkawal”, lapor agensi berita PTI pada Isnin, memetik pentadbiran tempatan.

Keganasan oleh perusuh juga dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di bandar berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *