Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan

03/03/2025:

BALING – Seorang lelaki warga emas rebah dan meninggal dunia pada hari pertama Ramadan di Bazar Ramadan Taman Seri Harapan, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, mangsa, Zainon Said, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar 4.30 petang.

“Hasil temu bual dengan anak warga emas itu mendapati bapanya mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, dan pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Parit Panjang, Kupang.

“Warga emas itu juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana mengalami pendarahan usus yang serius dan pernah ditahan di wad,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Azmi berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, jenazah kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Asam, Pulai, untuk urusan pengebumian.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *