Nelayan tangkap ‘makhluk asing’

Nelayan tangkap ‘makhluk asing’

27/02/2025:

MOSCOW – Seorang nelayan Russia menangkap seekor ikan ganjil yang disifatkan orang ramai sebagai menyerupai makhluk asing, lapor akhbar New York Post semalam.

Roman Fedortsov, merakam gambar hidupan marin tersebut ketika menangkap ikan di kawasan laut dalam.

Dalam video dikongsikan di laman Instagram, ikan itu berwarna kelabu dan kelihatan seperti kepala makhluk asing.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Fedortsov mengenal pasti makhluk itu sebagai ‘smooth lumpsucker’. Ia merupakan spesies ikan bersirip yang boleh membesar hingga panjang lebih 30 sentimeter dan hidup di laut dalam.

Namun, hantaran yang dikongsikan menjadi tular dan menerima pelbagai komen dengan netizen rata-rata meluahkan kagum melihat hidupan tersebut.

“Ini 100 peratus makhluk asing. Ini adalah haiwan peliharaan makhluk asing yang tinggal di dasar laut,” kata seorang netizen.

“Memancing di Chernobyl (loji nuklear di Ukraine)?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *