Zakat Fitrah di Kelantan ditetapkan RM8

Zakat Fitrah di Kelantan ditetapkan RM8

26/02/2025:

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM8 berbanding tahun lalu RM7.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, individu yang hendak membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan turut digalakkan.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Kadar Nisab Zakat Harta bagi Negeri Kelantan tahun ini sebanyak RM29,376 untuk haul antara Ramadan tahun 1446 Hijrah hingga Ramadan tahun 1447 Hijrah.

“Pembayaran zakat boleh dilakukan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi portal MAIK di zakat.e-maik.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum mengenai ketetapan tersebut.

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan 1446 Hijrah ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *