Richtech

Richtech rekod PAT sebelum audit RM5.97 juta 2024

KUALA LUMPUR – RichTech Digital Berhad (RichTech) mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (S4 TK2024) dengan merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) yang belum diaudit sebanyak RM5.97 juta.

Syarikat yang terlibat dalam pengedaran tambah nilai elektronik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran bil di Malaysia, turut melaporkan hasil sebanyak RM1.77 juta, menyumbang kepada RM9.19 juta dalam jumlah hasil untuk TK2024.

Keuntungan kasar berjumlah RM1.67 jutabagi suku tersebut dan RM8.90 juta untuk tahun penuh dan PAT bagi suku tersebut ialah RM0.94 juta.

Memandangkan ini adalah laporan kewangan interim pertama syarikat selepas penyenaraiannya, tiada angka perbandingan tersedia.

Pengarah Urusan RichTech Digital Berhad, Lee Teik Keong berkata, pihaknya amat gembira dengan prestasi kewangan syarikat, yang menekankan keupayaan untuk menangkap industri tambah nilai elektronik dan pembayaran bil Malaysia.

“Sambutan yang memberangsangkan terhadap IPO kami, yang terlebih langgan sebanyak 245.42 kali, adalah bukti jelas kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap visi dan potensi jangka panjang RichTech. Kami mengucapkan terimakasih yang tulus kepada para pemegang saham, rakan kongsiperniagaan dan pihak berkepentingan atas sokongan merekayang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Memandang ke hadapan, Richtech tetap komited dalam meningkatkan penawaran perkhidmatan, meluaskan jangkauan pasaran dan memacu penggunaan lebih besar platform SRS syarikat.

“Melalui perkongsian/kerjasama strategik, kami menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan kami dalamindustri tambah nilai dan pembayaran bil elektronik sambil terus menyampaikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan kami,” tambahnya.

RichTech kekal komited untukmengukuhkan kehadirannya dalam industri tambah nilai elektronik dan pembayaran bil dengan mempertingkatkan platform SRSnya, meluaskan jangkauan pasarannya, dan memacu penggunaan selanjutnya perkhidmatannya.

Syarikat juga akan meneroka pakatan strategik untuk mengekalkan kelebihan daya saingnya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *