Isteri ditikam hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain

Isteri ditikam hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain

JAKARTA – Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suaminya hanya kerana cemburu mendengar mangsa bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Desa Ayula, Kecamatan Randangan, Pohuwato pada Ahad lalu sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Pohuwato, AKP Hanny Dayoh berkata, mangsa dikenali sebagai CD, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pelaku, Ulfan, 48, menikam mangsa berkali-kali (lapan kali) di bahagian dada, hingga menyebabkan berlaku pendarahan yang serius,” katanya kepada wartawan pada Isnin lalu.

Susulan kejadian itu, katanya beberapa penduduk membuat laporan polis di balai polis Pohuwato.

“Pihak polis kemudiannya ke lokasi kejadian, tidak berapa lama kemudian pelaku datang sendiri ke balai untuk menyerah diri,” katanya lagi.

Pelaku kini sedang menjalani proses hukuman. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *