DONALD Trump baru memegang jawatan Presiden Amerika minggu lalu. Ini kali kedua dia menjawat jawatan itu dan kali ini agak agresif sikapnya. Dia tampil dengan sifat bagai haiwan buas yang liar untuk menunjukkan bisanya.
Sebaik memegang jawatan nombor satu itu, beliau cuba untuk campur tangan semua isu, baik dalaman mahupun luaran. Seperti yang dikata, dia nak menunjuk bisa.
Antara isu yang dia dapat kecaman dan bantahan dari seluruh dunia ialah rancangannya nak ambil alih Gaza. Konon, Amerika nak baik pulih bumi Gaza dan oleh itu rakyat Palestin perlu keluar dari situ.
Itu tak apa lagi. Yang mencetuskan kemarahan dunia terutama kepimpinan Arab ialah niatnya mahu mengambil alih bumi Gaza secara kekal. Ini sudah tentu tidak dapat diterima akal.
Siapa Trump nak ambil alih negara orang sewenang-wenangnya? Nak jaga daerah California yang hangus terbakar pun tidak mampu, inikan pula nak ambil alih tanah Gaza.
Dasar fahaman yahudi+zionis, Trump mempunyai hasrat dan niat tertentu di sebalik perancangan itu. Dia sebenarnya dalam diam-diam mahu memberikan bumi Gaza itu kepada penduduk haram yahudi+Israel+zionis.
Itu tujuan dan matlamat utamanya kenapa dia beriya-iya mahu sangat bumi Gaza yang sudah musnah dan hancur sepenuhnya akibat dibom oleh zionis lebih setahun.
Bila Trump bangunkan semula Gaza, rakyat Palestin yang menjadi pelarian tidak ada peluang lagi nak pulang ke tanah air mereka. Mereka akan dihalang memasuki bumi Gaza.
Ketika itu, mereka umpama pendatang asing di bumi sendiri. Tanah-tanah mereka, kampung halaman mereka ketika itu semuanya sudah menjadi milik kekal penduduk haram yahudi+Israel+zionis.
Maka, jadilah Gaza macam tanah Melayu dan negara-negara lain, dijajah sepenuhnya oleh Inggeris. Bumi tidak lagi aman dan makmur. Hidup bercampur gaul dengan kaum kafir yang besar kepala.
Sebab itu, perancangan Trump ini harus ditentang habis-habisan. Dia harus diajar supaya menghormati hak orang lain, bukan mentang-mentang dah jadi presiden Amerika, boleh campur tangan sewenang-wenangnya hak orang lain dengan kuasa yang ada. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252