Syaiful Rizal

Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif YBR

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YBR.

Jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Syaiful Rizal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus Besar dicadangkan oleh Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta dipersetujui Lembaga Pemegang Amanah.

Perubahan pucuk pimpinannya itu adalah sebahagian daripada strategi penyusunan semula dalaman organisasi itu.

Pelantikan Syaiful Rizal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif adalah untuk mempertingkatkan lagi prestasi, kecekapan dan integriti Yayasan Bank Rakyat.

Sepanjang perkhidmatan, Yayasan Bank Rakyat menerima pelbagai anugerah, antaranya Anugerah ‘Top Community Centric Companies in Asia’ di ACES AWARD (2024) di Bangkok, Thailand; Anugerah ‘Foundation of The Year’ Bagi Kategori Perbankan (2022, 2023 & 2024); Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award di Bumiputera Business Excellence Award (2023).

Yayasan Bank Rakyat juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan yang memperoleh markah penuh bagi setiap penilaian ketelusan yang telah dijalankan lebih dari 1,600 yayasan di seluruh negara oleh WIKI Impact (2023).

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat meletakkan kepercayaan kepada Syaiful Rizal dalam menerajui organisasi ini di mana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan aktiviti pendidikan dan tangunggjawab sosial korporat. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *